Design, pemasangan dan professional tuning untuk masjid, surau dan dewan — disesuaikan mengikut keadaan ruang, kegunaan dan bajet.
Tala Technix ialah jenama penyelesaian audio dan audio visual di bawah Sense Solution Sdn Bhd, beroperasi dari Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu. Khidmat kami meliputi sistem untuk masjid, sekolah, dewan, auditorium, bilik persidangan, mesyuarat maya dan PAVA (Public Address & Voice Alarm).
Fokus kami adalah menyediakan solusi akustik yang tepat dan berkesan, dengan mengutamakan kejelasan bunyi, kestabilan sistem serta susun atur yang teratur. Semua ini dicapai melalui pemilihan peralatan berkualiti dan pelaksanaan teknik pemasangan berstandard tinggi.
Berbekalkan pengalaman projek di Kelantan, Terengganu dan beberapa lokasi lain di Malaysia, Tala Technix memberi tumpuan kepada pelaksanaan yang profesional, praktikal dan berorientasikan hasil.
Kami menilai ruang, kegunaan, isu sistem sedia ada dan bajet sebelum mencadangkan design sistem, pemilihan peralatan serta kaedah tuning yang sesuai.
Kami membekalkan PA System dan Audio Visual untuk masjid, dewan, sekolah serta premis komersial berdasarkan keperluan sebenar setiap ruang.
Setiap pemasangan dilaksanakan secara profesional dan ditala mengikut penggunaan sistem serta keadaan akustik lokasi.
Kami menyediakan latihan penggunaan supaya operator memahami fungsi asas, kawalan harian dan cara mengendalikan sistem dengan betul.
Slot hanya untuk 5 pemasangan demo sahaja setiap bulan. - Tak perlu bayar, kami datang demo dulu.
Setiap pakej disediakan mengikut keperluan lokasi dan skop yang dipersetujui seperti konsultasi, pembekalan, pemasangan, system tuning, testing dan latihan asas pengguna. Final quotation bergantung pada keluasan ruang, kuantiti, jenis speaker serta peralatan yang dipilih.
Senarai projek yang telah disiapkan dan sedang dilaksanakan mengikut bidang sistem.
Sistem audio visual profesional untuk bilik mesyuarat, persidangan dan studio rakaman — direka mengikut keperluan ruang bagi memastikan audio yang jelas, kawalan yang praktikal dan hasil rakaman berkualiti.
Sistem pengumuman kecemasan dan pemindahan untuk bangunan awam dan komersial bagi memastikan keselamatan penghuni. Sistem ini menggunakan PAVA System (Public Address & Voice Alarm System) yang direka untuk memberikan arahan yang jelas dan berkesan semasa situasi kecemasan.
Sistem audio profesional berkuasa tinggi yang memberikan bunyi jelas dan seimbang untuk acara di ruang besar seperti dewan dan auditorium.
Penyelesaian sistem siaraya yang ideal bagi sekolah, masjid dan bangunan besar – memastikan setiap makluman atau pemberitahuan disampaikan secara menyeluruh.
Apabila standard masjid anda adalah kecemerlangan, PA System biasa tidak mencukupi. Kami sediakan sistem eksklusif dengan kejelasan audio tanpa kompromi, demi pengalaman ibadah yang lebih tenang & sempurna.
LOKASI MASJID & DEWAN
TELAH DIBANTU
SISTEM LENGKAP
TELAH DIPASANG
(2021 - 2026)
PEMASANGAN, TUNING
& MAINTENANCE
(2021 - 2026)
NILAI PROJEK DIREKODKAN
(2021 - 2026)
( Testimoni )
Alhamdulillah... Puas hati pemasangan PA system A to Z, audio pun padu sedap didengar di telinga, pekerja pun mesra tidak sombong.. apa pun terima Sense Solution 👍
Sangat berpuashati di atas servis dan bantuan teknikal. Recommended 👍🏻👍🏻👍🏻
Hampir 30 tahun saya bertugas sebagai Imam masjid, selama saya berkhidmat di masjid, saya selaku imam amat jarang sekali untuk saya ketemui dengan PA system yang begitu amat baik sekali dengan apa yang dibekalkan & di'tuning' oleh Sense Solution. Saya amat berpuas hati sekali dengan ujian suara yang dijalankan. Saya berbangga dan berterima kasih kepada Sense Solution Sdn Bhd.
Kita punya problem dengan bunyi di masjid ni sudah lama dah, sudah banyak saya telah bawa technician atau syarikat-syarikat untuk dapatkan bunyi yang baik tapi mengecewakan. Tapi alhamdulillah Sense Solution telah memberi keputusan yang baik kepada kita dengan sistem & sound yang baik yang menepati piawaian kita. Terima kasih kepada Sense Solution yang memberikan hasil kepuasan maksimum kepada Masjid Al-Falah. Best !!
Alhamdulillah Syarikat Ini Memang Terbaik, Buat Sampai Jadi. Mudoh Baso Senang Kiro, Yang Mana-Mana Nok Buat Pemasangan Sistem Pembesar Suara, Saya Syorkan Pilih Lah Syarikat Ini, Memang Terbaik Servis Dia
Service yang mantap
Rakaman sebenar kerja pemasangan, naik taraf dan system tuning oleh pasukan Tala Technix.
Ada masalah sistem audio atau perlukan pemasangan baharu?
Bincang Projek di WhatsAppBeritahu keperluan projek anda. Team Tala Technix sedia membantu dengan cadangan sistem, site visit dan quotation.
Hubungi kami untuk mendapatkan cadangan penyelesaian yang sesuai dengan keperluan dan lokasi projek anda.
PT 387, Tingkat 1, Jalan Kota Jelasin, Bandar Baru Tunjong, 16010 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Ahad - Khamis
8:30AM - 5:30PM